Feb 25, 2010

Adab Rasulullah menerima makanan yang tidak disukai

Rasulullah SAW dengan sebiji limau

dipetik dari razzyy.com

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Feb 18, 2010

Islam melayu, makanan halal haram sama aje

Sabtu, 2010 Januari 02

Kod lemak babi – dlm keropok udang ROTA rujuk KOD lain yg disertakan‏ – emil pembaca




Kod lemak babi – dlm keropok udang ROTA rujuk KOD lain yg disertakan‏ – emil pembaca
31 Disember 2009 · Tinggalkan Komen







































Pesanan jangan main hentam je beli.. contoh apollo, cadbury etc. print code n

Pesanan jangan main hentam je beli.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam.. wallahu a’lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481
Yg jelas nye…..pringles pun ader gak lemak menatang ni…kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu…mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu….

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. .sama jer…..solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging…….nauzubillah..

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 ‘muslim’… dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni… yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan…… Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama…
Tp…ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua…

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam….

Sumber dari Dupahang