free counters

May 31, 2009

Kekerasan Membawa Padah



Gambar Hiasan

Sepatutnya kerajaan lebih berberhati2 dan bertimbang rasa dalam menangani hal2 yang berkaitan dengan rakyat. Terutama nya perhimpunan aman yang mereka adakan. Saya TIDAK menyokong atau menggalakkan tunjuk perasaan atau perhimpunan haram. Tindakan kasar oleh kerajaan terhadap penunjuk2 perasaan ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat akan membenci kerajaan.

Individu yang mengikuti tunjuk perasaan ini mungkin mempunyai keluarga yang ramai. Tidak semua dalam keluarga itu tidak suka kerajaan, mungkin ramai dalam keluarga itu menyokong kerajaan. Jika salah seorang dari mereka tercedera atau tertangkap, maka semua ahli keluarga itu akan timbul perasaan marah terhadap kerajaan.

Sepatutnya kerajaan lebih banyak mengunakan cara deplomasi dan rundingan. Biasanya mereka tidak aggerisif dan bersenjata, terutamanya wanita dan warga mas. Adalah nampak zalim pada pandangan umun apabila kerajaan mengunakan pehak pertahanan mengasari mereka dengan semburan air kimia, tembak dengan gas dan sampai gunakan belantan juga.

Kalau mahu tahan mereka, tangkap dengan cara baik, bukan dengan cara kasar. Mereka ini semuanya manusia , anggaplah mereka seperti manusia.